Rabu, 30 Mei 2012


Penyakit Jantung Reumatik (PJR) atau dalam bahasa inggeris Rheumatic Heart Disease (RHD) adalah keadaan dimana jantung mengalami kerosakan seperti penyempitan atau kebocoran di bahagian injap jantung. Kerosakan injap jantung selalunya rosak  pada injap mitral. Penyakit ini terjadi kerana kesan dari Demam Reumatik (DR) atau Rheumatic Fever.

Demam reumatik pula adalah penyakit keradangan yang berlaku berikutan jangkitan kuman pyogenes Streptococcus. Dipercayai disebabkan oleh antibodi tindak balas silang yang boleh melibatkan jantung, sendi, kulit, dan otak. Apabila jangkitan ini menyerang jantung, pesakit akan mendapat Penyakit Jantung Reumatik seperti yang telah dijelaskan. Penyakit ini biasanya berkembang dua hingga tiga minggu selepas jangkitan streptococcal. Demam reumatik akut yang biasanya muncul di kalangan kanak-kanak yang berumur di antara 6 dan 15, dan hanya 20% daripada serangan kali pertama berlaku pada orang dewasa. Pesakit selalunya akan diberi antibiotik paling minimum selama seminggu, kadangkala dua minggu dan sebulan.

Apabila pesakit mendapat Penyakit Jantung Reumatik,  jantung akan mengalami kerosakan yang kekal terutama pada bahagian injap jantung, tetapi kemungkinan juga pada otot jantung itu sendiri. Ia tidak dapat disembuhkan dengan pemberian ubat, terutamanya jika terjadi pada injap jantung. Injap jantung tidak dapat lagi berfungsi dengan baik sehingga terjadi perubahan aliran darah. Perubahan ini akan mengakibatkan cepat lelah, sesak nafas, jantung berdebar-debar dan degupan jantung menjadi laju. Kadangkala anda perlu menggunakan dua bantal untuk tidur kerana susah hendak bernafas. Jika jantung rosak dengan teruk, jantung tidak dapat lagi mengepam darah ke seluruh badan, anggota badan anda mudah kebas dan jantung anda akan bengkak sehingga mengakibatkan kematian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan